Breast Pump Murah: Disclaimer, Refund & Return Policy

Disclaimer, Refund & Return Policy

* Disclaimer: 

Kami beroperasi 100% secara online & kebanyakan produk di poskan terus oleh pembekal kami dari warehouse mereka lokasi di Klang. Pembayaran diterima melalui bank-in, online transfer ke akaun CIMB Norsyamila atau Maybank Mikamil Enterprise. Pembelian sebelum pukul 1pm hari yang sama (HARI BEKERJA) akan di pos pada hari yang sama, kecuali jika terdapat masalah dengan pihak courier akan di maklumkan melalui whatsapp. Pembelian selepas pukul 1pm (HARI BEKERJA) akan di pos pada keesokan hari nya kecuali jika kami maklumkan sebaliknya. 

Penghantaran di lakukan setiap hari kecuali, sabtu, ahad & cuti umum. Penghantaran menggunakan khidmat Poslaju Nasional atau Air-Pak courier services dan biasanya mengambil 1-3 hari bekerja untuk sampai bergantung kepada lokasi anda. Sekiranya parcel anda masih tidak sampai selepas tempoh tersebut, anda boleh menghubungi pihak kami melalui whatsapp (preffered) atau hubungi: +6017-2566457. Boleh whatsapp (KLIK link ini jika nak senang) : wasap.my/60172566457

Barang yang di jual di jamin kualiti & keboleh gunaan nya. Walaubagaimana pun, mungkin terdapat 1 dalam seribu kes berlaku kecacatan atau kerosakan samada dari warehouse atau semasa penghantaran (manufacturing defects / delivery defects). Jika anda menerima produk tersebut dengan kerosakan sila hubungi kami untuk kami gantikan yang baru. 

* Polisi Refund & Return

Kami tidak menerima refund atau pemulangan ke atas produk yang telah di beli oleh pelanggan kecuali atas faktor kerosakan atau kecacatan. Jika terdapat kecacatan pada produk semasa anda menerimanya, anda boleh hubungi kami dalam tempoh 1 (SATU) minggu dari tarikh terima untuk proses pertukaran. Anda perlu pos semula produk dalam keadaan seperti anda terima (dalam plastik atau kotak) kepada kami & kami akan uruskan proses menggantikan produk tersebut. Kos penghantaran semula jika produk ROSAK akan di tanggung oleh pihak kami. Jika anda mahu menukar bukan kerana kerosakan kos pos akan di tanggung oleh anda. Kami TIDAK menerima refund jika anda rasa produk tidak sesuai dengan anda melainkan atas kes tertentu dan atas budi bicara kami. Sekiranya kami bersetuju untuk proses refund atau return, anda harus memulangkan produk kepada kami & anda harus menanggung kos pos kecuali atas budi bicara kami. Sebagai contoh kami menerima beberapa kes yang mana ada ibu yang membeli produk kami sebelum kelahiran bayi mereka. Akan tetapi mereka kehilangan bayi mereka semasa bersalin & kami bersetuju untuk refund penuh kepada mereka atas budi bicara kami dan atas dasar simpati. Terima kasih kerana berususan dengan pihak kami.